(Batu loncatan terapong menggunakan 'pebble wash' membuat anda terasa seolah-olah berada di atas pulau semasa duduk di atas wakaf. 'Pebble wash' adalah batu semula jadi dan ianya membuat elemen kelihatan lebih lembut dan asli.)
Long wooden seating replacing the railing makes your porch looks neater and as there are no more requirements to place other kind of seats, leaving the whole space for your children to play.
(Kerusi panjang menggantikan pagar musang membuat anjung anda kemas kerana tidak perlu meletak kerusi lain lagi, menjadikan keseluruhan kawasan lapang tempat anak anda bermain.)
Tunera was used to soften the edges of the driveway and unify the driveway and the Japanese drain. Tunera is quite a fast growing plant and constant trimming and pruning is required.
(Pokok tunera digunakan di sebahagian lorong kereta untuk melembutkan dan menyatukan elemen lorong kereta dan longkang jepun , pokok ini cepat membesar dan selalu kena gunting.)
(Pokok tunera digunakan di sebahagian lorong kereta untuk melembutkan dan menyatukan elemen lorong kereta dan longkang jepun , pokok ini cepat membesar dan selalu kena gunting.)
(Pokok serdang yang melambai digunakan untuk 'effect' selamat datang dipintu pagar utama. Ianya juga berfungsi untuk menyatu dua elemen asing yaitu pokok pokok besar di luar pagar dan halaman kediaman. Anak-anak bukit yang landai membuat kawasan kecil nampak lebih besar)
(Pemilihan jenis pokok yang sesuai dengan halaman rumah anda adalah sangat penting kerana ada pokok yang boleh menjadi terlampau besar dan ada juga pokok yang akarnya boleh merosakan rumah anda. Disini pokok Bucida telah digunakan untuk halaman yang sederhana besarnya. Pokok adalah disyorkan di tanam dalam kumpulan dua atau tiga pokok untuk lebih berkesan, melainkan menanam pokok 'specimen', maka tanam satu pokok sahaja. Jangan tanam pokok berbaris macam ladang getah, ianya membuat taman anda menjadi keras dan menimbulkan rasa tegang kepada penghuni rumah. Rumah anda bukannya pejabat yang perlu menunjukkan bahawa ianya tempat rasmi dan tegas)
(Pokok berbunga menambah seri halaman anda)
(Mengatur dan mengolah penanaman mengikut, saiz, bentuk, warna,'texture', kepadatan daun akan membuat halaman anda lebih menarik)
(Kami selalu menasihatkan tuan rumah agar tidak membina kakilima disekeliling rumah kerana ianya akan jadi tempat debu singgah dan buat rumah anda menjadi keras. Penanaman pokok renik seperti Crossandra infundibuliformis yang berbunga sepanjang tahun dan pokok ini tidak perlu banyak cahaya matahari. Pokok Rhapis dan yucca digunakan untuk mendakap tiang)
(Longkang jepun adalah satu pilihan baik untuk rumah anda kerana ianya lebih cantik, sampah tidak boleh menyumbatnya, nyamuk tidak boleh membiak, dan anak anda tidak jatuh kedalamnya. Apa yang kelihatan cuma batu sungai dipermukaan atas yang anda boleh berjalan diatasnya dan anda tidak lagi mempunyai longkang kotor, jeriji penutup longkang dan yang penting anda tidak perlu lagi mencuci longkang setiap hujung minggu. Longkang jepun kosnya lebih tinggi daripada longkang biasa tetapi banyak baiknya, pokoknya terpulanglah kepada anda untuk memilih. )
(Penapis bio membuat kolam ikan anda senang diselenggara, air lebih jernih dan anda tidak perlu menukar airnya. Anda cuma perlu menyauk keluar sampah terapung dan 'flush' air kotor dari penapis pasir seminggu sekali. Pusing saja pemutar penapis anda kepada tanda 'backwash', selepas 15 minit kerja sudah selesai secara otomatik.)
(Pokok pokok berdaun besar adalah disyorkan ditanam di sekeliling kolam anda, agar kerja mencantas dan membuang daun mati menjadi lebih senang dan kolam anda tidak kotor dan dipenuhi daun yang luruh)
(Pemilihan pokok untuk kolam anda sangatlah penting untuk mengelak terlalu banyak cahaya matahari masuk ke kolam anda dan menyebabkan tumbuhnya 'algae'. Pokok pokok palma besar telah di tanam di sekeliling kolam untuk mengurangkan cahaya matahari masuk ke kolam, oleh itu memilih pokok renek dan penutup bumi yang sesuai dengan suasana kurang cahaya matahari perlu penelitian. Pokok Costus spicatus dengan bunganya yang berwarna merah sangat sesuai dengan suasana seperti ini. Pokok Oxmoxyllum berdaun kuning juga sesuai dengan tempat yang mempunyai kurang cahaya matahari; oleh itu mencari pokok renek yang sesuai dengan keadaan yang kurang cahaya matahari adalah penting.)
(Batu semula jadi tidak berpotong digunakan untuk pembenaan tangga ke wakaf. Batu asli membuat halaman anda lebih sejuk dan lembut berbanding dengan mengunakan jubin atau batu berpotong.)
(Pokok pandan wangi sesuai ditanam ditepi kolam dan akarnya akan menjalar kedalam kolam dan menolong menyedut nitrates dari air kolam yang mengalakan tumbuhnya lumut terapung atau 'algae' dan membuat kolam anda berbau busuk dan berwarna hijau)
(Pokok Monstera juga suka ditanam ditepi air dan akarnya yang masuk kekolam akan menyedut nitrates. Najis ikan, makanan ikan yang terlebih,bangkai hidupan air, daun dan ranting pokok akan mengeluarkan ammonia(NH3/NH4), bakteria didalam penapis bio akan menukarnya menjadi Nitrites(NO2). Nitrites adalah toksik kepada ikan dan bakteria yang lain akan menukanya pula menjadi Nitrates(NO3), Nitrates ialah baja yang boleh disedut dan digunakan untuk pokok)
(Pokok spathyphyllum sangat sesuai untuk tanaman tepi kolam kerana daunnya yang lebar dan hijau gelap menampilkan kekayaan hutan tropika kepada kolam anda. Pokok paku gajah akan memberi rasa ketenangan seolah olah anda berada ditepi air terjun didalam hutan.)
Cissus nodosa or thousand roots plant was used to cover the pargolla and the roots which seeks the pool water will act as water filter to suck out the nitrates (NO3) from the water. Nitrates in small quantities is not toxic to your fish , but must also be removed to avoid algae growth. By covering part of the pool with pargolla, it will less en the sunlight from reaching the water, thus no algae.
(Pokok Cissus nodosa yang menurunkan beribu akar telah ditanam untuk memanjat pargola dan akarnya menjalar mencecah air dan menyeduk nitrates daripadanya. Pergola di bina untuk mengurangkan cahaya matahari sampai ke kolam dan mengurangkan 'algae')
The landscape of the above house was designed by Agrobio solutions; the pool is using bio filter and the water has not been change d after it was completed and commissioned 2 years ago; and the water is still crystal clear.
(Rekabentuk landskap untuk rumah diatas telah dilaksanakan oleh Agrobio Solutions; penapis bio telah digunakan dan airnya masih jernih walaupun tidak pernah ditukar sejak siap dibina 2 tahun lalu.)
Notes/catitan;-
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
(Pokok Cissus nodosa yang menurunkan beribu akar telah ditanam untuk memanjat pargola dan akarnya menjalar mencecah air dan menyeduk nitrates daripadanya. Pergola di bina untuk mengurangkan cahaya matahari sampai ke kolam dan mengurangkan 'algae')
The landscape of the above house was designed by Agrobio solutions; the pool is using bio filter and the water has not been change d after it was completed and commissioned 2 years ago; and the water is still crystal clear.
(Rekabentuk landskap untuk rumah diatas telah dilaksanakan oleh Agrobio Solutions; penapis bio telah digunakan dan airnya masih jernih walaupun tidak pernah ditukar sejak siap dibina 2 tahun lalu.)
YOU MIGHT ALSO LIKE
Notes/catitan;-
There are more articles listed at the top right column ,listed on the following headings/terdapat banyak lagi artikel disenarai di ruangan kanan/atas dibawah tajuk berikut:-
- Tips on landscape.
- Tips on herbal plants,
- Tips on agriculture
- General tips .












Salam,Adakah akar pokok bucida boleh merosakan struktur rumah jika ianya di tanam berhampiran rumah (anggaran 5 kaki) ?
ReplyDelete5 kaki dekat sangat sekiranya tidak pakai root barrier. boleh ditanam kalau pakai root barrier
ReplyDeletexpandai nak reka laman hias ni...dah 3thn dok umah tp laman depan masih berterabur...kalu ada duit lam dh jadik...nak buat sendiri...masa pulak terhad...idea satu pun xmenjadi...
ReplyDeleteTo anonymous,
ReplyDeleteDapatkan khidmat pakar lanskap
wah...tengok gambar pon dah rasa nyaman..agak2 berapa kos nk buat kolam macam ni ek?
ReplyDeleteHi, sy waida.nak tny pendapat apakah pokok yang sesuai untuk lanskap balconi di kondominium. Saiz dlm 10' x 5'. Terima kasih.
ReplyDeleteCik Waida pls hantar gambar balcony ke agrobio.solution@gmail.com
ReplyDeleteWakaf, kolam dan system penapisan yang hanya perlu backwash. RM100,000.00
ReplyDelete